Insuran
- Risiko dipindahkan daripada individu kepada syarikat melalui kontrak yang mana jika berlaku sesuatu keatas individu, syarikat akan menanggungnya.
- Tidak selaras dengan hukum syarak kerana mengandungi unsur judi, riba dan gharar (ketidakpastian)
- Kontrak berasaskan jual beli
- Pelaburan berasaskan konsep riba (terdapat juga Badan Penasihat Syariah, tetapi kuasa yang terbatas)
- Segala keuntungan milik syarikat, peserta hanya menerima keuntungan berdasarkan faedah walaupun syarikat mendapat keuntungan yang lebih
Takaful
- Risiko adalah merupakan tanggungjawab peserta yang mana syarikat hanya merupakan pengendali dana
- Diawal akad peserta bersetuju untuk menderma / tabaru' yang mana konsep jamin-menjamin, bantu membantu diguna pakai
- Selaras dengan hukum syarak
- Kontrak berasaskan konsep derma / tabaru'
- Pelaburan dikawal oleh Majlis Pengawasan Syariah
- Keuntungan berdasarkan konsep Mudharabah. Jika syarikat untung lebih, keuntungan dibahagikan kepada peserta berdasarkan nisbah yang ditentukan diawal akad
Apa Makna Takaful?
Takaful adalah berasal daripada bahasa arab dari kata dasar perbuatan "kafala" iaitu bererti saling menjamin, menjaga dan memelihara.
Konsep Takaful - peserta saling berjanji membantu antara satu sama lain sekiranya salah seorang peserta ditimpa musibah dan pengamalannya berdasarkan tabarru'(menderma)yang terselamat dari unsur2 gharar dan maisir.
KENAPA MESTI MEMILIH HANYA TAKAFUL (& bukan yang lain)
BERDASARKAN FATWA JAWATANKUASA FATWA KEBANGSAAN 1972
Pada 15Jun1972, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dalam persidangan yang kelima telah memutuskan INSURANS nyawa sebagaimana dijalankan oleh syarikat2 insuran yang ada pada masa ini adalah satu muamallah fasid (rosak/tidak sah) yang tidak sesuai dari segi akadnya kerana mengandungi unsur2 GHARAR, MAISIR dan RIBA'.
(RUJUKAN : JAKIM)
APA ITU Riba'(faedah)?:
Riba' didalam insuran berlaku apabila nilai serahan pada tempoh matang disertakan dengan interest (faedah) apatah lagi sumber pendapatan insurer adalah dari perniagaan duniawi & dana kebanyakannya dilaburkan dalam instrumen kewangan(bon & saham) yang konvensional. Elemen riba' juga berlaku jika peserta terpaksa membayar faedah jika ingin mengeluarkan wang(auto premium loan).
Dalil yang mengharamkan riba':" Sesunguhnya Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba'." (Surah Al Baqarah : 275) p/s : simpanan takaful boleh dikeluarkan tanpa menjejaskan perlindungan khairat kematian sekiranya memerlukan. Wang yang dikeluarkan juga tidak dikenakan faedah (interest fee) & juga tidak perlu dibayar balik.
APA ITU Maisir (judi)? :
Maisir (judi) boleh berlaku dimana pemegang polisi boleh kehilangan 100% daripada premium yang telah dibayar kepada insurer. contohnya ialah ada polisi yang menyatakan jika penamatan dilakukan sebelum setahun maka nilai serahan adalah zero.
Dalil yang mengharamkan maisir
" Wahai orang yang berIMAN! bahawa sesungguhnya arak & judi & pemujaan berhala & mengundi nasib dengan batang2 anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu, hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya." (Surah Al-Maidah : 90)
Apa itu GHARAR ( ketidakpastian)? :
Gharar (ketidakpastian) - Kontrak insuran konvensional mengandungi unsur gharar kerana jika tidak berlaku sebarang tuntutan, satu pihak iaitu insurer akan mendapat semua premium manakala pemegang polisi tidak mendapat sebarang keuntungan.
Pemegang polisi juga tidak mengetahui dengan jelas samada akan mendapat bayaran yang dijanjikan, tidak mengetahui kadar bayarannya dan tidak mengetahui masanya untuk mendapat tuntutan pembayaran.
Dalil yang mengharamkan GHARAR
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: "Rasulullah s.a.w telah melarang daripada terjerumus dalam perniagaan lontaran dan perniagaan yang tidak pasti." ( Riwayat Muslim)Berdasarkan fatwa itu adalah diharapkan umat Islam dinegara ini akan memikirkan kembali kepentingan hanya memilih Takaful. Oleh yang demikian adalah besar harapan saya untuk melihat muslimin & muslimat sekelian memahami takaful dengan hati yang terbuka & tidak memandang rendah kepada Takaful .. Jika takaful tidak elok masakan banyak syarikat insuran konvensional berusaha keras untuk memiliki lesen takaful.. tepuk dada tanya apa yang kita perlukan..